Monday, 25 July 2011

::: Lelaki, Kembalilah Kepada Yang Dulu :::

Dulu, 
Apabila disebut 'lelaki'
Para wanita mendongak megah
Lelaki kami Saifullah,Asadullah
Tokohnya ramai tak terkira


Kini,
Apabila disebut 'lelaki'
Para wanita menunduk lemah
Lelaki kami sedikit sekali
Ramainya boneka Yahudi


Dulu,
Apabila disebut 'lelaki'
Para wanita berasa tenang
Lelaki kami melindung,menjaga


Kini,
Apabila disebut 'lelaki'
Para wanita mahu cabut lari
Lelaki khianat,perogol bersiri


Dulu,
Apabila wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita


Kini,
Rmai wanita suci dipenjara
Diperkosa minta dibela
Lelaki tertunduk lemah


Dulu,
Apabila wanita berada di bawah penjagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapa pun beradni menggoda


Kini
Apabila wanita berada di bawah penjagaannya
Lelaki tidak kisah auratnya terbuka
Wanita bebas,binasa


Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama


Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu,dunia seisinya


Dulu,
Lelaki bermati-matian mencipta sejarah
Kental berjihad,tekun berdakwah


Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tidak dikerah


Dulu,
Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah
Al-Farouq, Zunnurain mati terbunuh


Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh


Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh


Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah

Kembalilah, Lelakiku
Pada kelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan Madrasah Rasul...

Kembalilah, Lelakiku..
Aku inginkan kamu yang dulu..............

No comments:

Post a Comment