Assalamualaikum, kau orang semua.. Haa, kali ni aku nak cerita pasal pengalaman aku beraya kat KL.. p/s :jangan gelak tau...
Sabtu, 3/9.. Aku dan family aku nak pergi hantar Abang Hazim sambung belajar kat UIAM.. Sebelum ke KL, kita orang singgah rumah MakSu kita orang yang tinggal kat Kota Bharu.. Sambil-sambil tu , ayah aku suruh Kak Ainul tumpang rumah tu sebab dia akan naik bas dekat stadium hari Ahad untuk pergi ke KMP.. Lepas tu, kita orang singgah pula kat Maahad Tahfiz Al-Quran Wa Qiraat(MTAQ) untuk drop adik aku kat situ.. Selesai bersalam dengan adik aku tu , kita orang terus on the way ke KL.. Kau orang tahu tak ? Pukul 11pagi kita orang suk atas jalan kat Pulai Chondong, Pukul 5petang baru sampai kat Gua Musang !! Jam punya pasallah.. Tapi tak apa.. Anak lelaki nak pergi sambung belajar punya pasal, kita orang redah juga jam tu..
Kita orang stop dekat Hentian Genting Sempah dalam pukul 12-1 malam.. Kereta ayah aku macam ada masalah.. Aku yang tengah mamai, terus ayah aku check tayar belakang sebelah kiri.. Ayah aku sentuh tayar tu.. Ada minyak hitam.. Oh dear ! Brek ada masalah.. Mungkin terlalu tekan brek masa jam kat Kelantan lagi.. Aku dah start fikir bukan-bukan dah masa tu.. Kalau accident, macam mana ? Tapi alhamdulillah, Allah jauhkan benda tu dari kita orang.. Abang Hazim bawa slow sajalah masa tu.. Mak aku suruh tekan brek tu masa kat Tol Gombak.. Abang Hazim cakap, "Dah tak boleh brek. Dah lekat." Aku memang terkejut.. Aku rasa muka aku dah pucat masa tu.. Aku tengok lori belah kiri kereta aku.. Dia tunjuk kat tayar kereta kita orang. ASAP NAIK WOOO!!. Aku bagi tahu ayah aku dan Abang Hazim pun bawa kereta tu ke tepi jalan/kaki lima jalan.. Semua orang turun.. Ayah ambil air dan terus simbah dekat tayar.. Asap naik berkepul-kepul !!
Ayah kata, "Nilah first time kereta rosak masa berjalan jauh dalam hidup kita." Malu memang malu.. Dugaan dah datang, redha sajalah.. Ayah suruh Kak Mizah call abang ipar aku, Abang Kie suruh datang kat situ.. Masa tu dekat pukul 2pagi.. Kita orang tunggu dalam 15minit kot.. Abang Kie datang dengan kereta syarikat dia, Hilux.. Dia suruh Kak Mizah bawa Hilux melepasi tol tu sedikit saja dan dia bawa Unser ayah aku melepasi tol tu.. Kita orang punggah semua barang ke dalam Hilux.. Dia suruh kita orang balik dulu.. Abang Hazim nak bawa juga Unser tu.. Kita orang terus blah ke Ampang.. Samapi dekat rumah Kak Nor dalam pukul 2.30pagi.. Tunggu abang balik dulu.. Sampai saja dia orang, ayah aku tanya macam mana boleh sampai cepat.. Abang Kie beli minyak brek rupanya.. Memang takut nak bawa kereta yang ada masalah brek ni.. Boleh bawa maut juga tau..
So, that's my first experience.. Hari ahad tu, aku dan Kak Mizah tidur sampai matahari naik.. Mengantuk tau!! Oklah kau orang.. Cerita dah habis.. Assalamualaikum...@_@
No comments:
Post a Comment