Assalamualaikum !
I'm here again!
Uihh , dah naik berkulat dah blog aku ni..haha
Ya Allah,
dah lama rasanya aku tak update blog aku.
Dah dekat 9 bulan aku tak update.
Nak buat macam mana, kan?
PMR VICTIM
Kau orang sihat ke?
Aku sihat saja.
Tak sihat kang, siapa laa yang nak tolong aku success dalam exam nanti.
Betul tak?
Tak betul?
Aku karate kang, baru tahu!
Dah , cik ani!
Tak payah nak melalut sangat.
haha
Macam mana dengan preparation aku untuk hadapi
exam hari tu?
Aku tak prepare sangat pun sebenarnya.
Aku buat biasa-biasa saja.
Kalau buat serius sangat,
bahaya juga.
Nanti jadi masalah pula.
Aku bukannya pandai sangat pun.
Cukup sekadar dikenal sebagai manus yang berilmu
Kira okeylah tu
Kalau nak dibandingkan dengan orang yang tak berilmu.
Kan?
Lagipun , aku duduk kelas ke-4
daripada 5 buah kelas.
See?
Aku bukan pandai sangat pun.
Aku suka belajar dalam keadaan yang
cool , steady, relax and chill.
Jadi, aku tak adalah rasa tertekan sangat.
Plus,
Tertekan or depression or stress tak elok untuk kita
Memang orang akan kata macam-macam.
Kutuk sana, kutuk sini.
Tapi, biarlah.
Itu keputusan aku.
Result exam pun,
okey laa.
Meningkat sedikit demi sedikit.
Nak score sesuatu subjek ,
mungkin susah.
Lagi-lagi kalau subjek yang kita tak minat.
Aku tak minat subjek Geografi.
Pasal bentuk muka bumi ,
pasal negaralah.
Macam-macam.
Setiap kali study subjek Geog,
memang aku menguap.
Menguap malu-malu laa.
haha
Tak adalah sampai
krohh, krohh..
Masih boleh tahan mata daripada tertutup tak boleh bukak.
haha
Walau mengantuk macam mana sekali pun,
aku tetap dapat A untuk Geog.
Terkejut jugak, beb!
Bestfriend aku pun terkejut.
Memang tak percaya langsung.
At least, ada juga orang dapat A untuk subjek tu dalam kelas aku ni.
Kembang juga hidung cikgu aku..
haha
Cikgu , gurau aje!
Nak tahu result aku?
Tak payahlahh..
Buat malu saja.
hehe
Hanya budak sekolah aku saja yang boleh tahu result aku.
No more, no less.
Untuk kebaikan semua orang.
Kau orang minat Sejarah tak?
Minat tak?
Minat tak?
Ada yang tak minat,
Ada yang minat.
Betul tak?
Aku,
dengan berbesar hatinya
mengaku bahawa
aku
minat Sejarah.
kembang idung jap..
Sejarah tak ada masalah sebenarnya.
Tapi,
kita yang membuatkan subjek itu bermasalah!
Setuju?
Kalau tanya kenapa,
mesti jawab
'malas nak ingat/hafal/boring'
kan?
Aku pun fikir macam tu juga dulunya.
Dulu laa , sekarang tak.
Aku suka subjek mengisahkan perkara-perkara lepas.
Aku suka explore peristiwa-peristiwa yang dah berlaku.
So, sebab tu aku minat sejarah.
Adalah sekali tu..
Aku tak dapat A untuk Sejarah
tapi
dapat A untuk Geog.
Cikgu aku pun tanya.
'Macam mana boleh A Geog tapi tak boleh A Sejarah?'
Aku hanya mampu sedekahkan senyuman
penuh redha dan pasrah sahaja.
Sorry cikgu,
ada pengganggu masa exam.
Sorry!
Tak apalah, kau orang.
Aku nak stop dulu.
Opss, sebelum terlupa.
Ingat pesan aku ni..
Minat atau tak , pastikan anda tetap
berjaya menguasai sesuatu yang telah ditetapkan.
Tak kira apa jua rintangan yang datang,
yakin pada diri anda.
Jika mereka dapat menguasai sesuatu itu,
buktikan yang ada jua dapat menguasainya juga.
See ya!
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment