Saturday, 8 June 2013

Experience : Masak Kari Kepala Ikan Merah . OMG!

Assalamulaikum wbt !
Hye , guys!
Dah berkulat blog aku ni rupanya ..

Dah baca title untuk entry post aku kan ?
Oklah.
Aku nak cite sedikit pasal pengalaman aku ni.


gambar hiasan saja 



Selama aku duk umah, tolong-tolong mak aku masak
lah kan..
Aku tak pernah memasak pun.
Kalau setakat goreng ikan , ayam ,
masak sayur bolehlah.
Kalau masak kari, gulai.
Memang aku tarik diri tau !

Nak dijadikan satu cerita,
satu hari tu ,
aku tak ingat pasal apa mak aku tak sempat nak masak
tetiba saja dia cakap,
'Adik, nanti masak kari kepala ikan eh. Ayah nak makan.'
Memang aku terkejut gila!

Dahlah kena masak tanpa bantuan dari sesiapa.
Berpeluh tau aku bila aku dengar arahan mak aku.
Kakak aku siap gelak lagi.
Macam lah dia pandai masak. HUH !

Nak tak nak ,
aku buat jugaklah kari kepala ikan tu.
Nak tahu apa yang berlaku semasa aku memasak ?
Tak payah ambil tahu,
buat malu aku saja !
Tak pasal-pasal wang hantaran aku jatuh lepas ni ! haha

Lepas masak saja kari tu,
aku terus rasa down ..
Yalah, tak tahu sedap ke tak.
Ok ke tidak.
Mmemang hilang semangat terus. 
Aku tak makan nasi pun malam tu.
Just melahap lauk saja.

Masa ayah, kakak and mak aku makan,
aku memerap saja dalam bilik.
takut ok !

Lastly, aku keluar juga.
Aku tanya pasal kari tu.
Ayah aku cakap ok

Syukur alhamdulillah !

Oklah ,
aku stop dulu ya !
Assalamualaikum!




No comments:

Post a Comment