Hai,kau orang! Kali ni, aku nak cerita pasal Rahsia Pemakanan Ilmuan Islam. Kalau boleh, amalkanlah perkara-perkara di bawah :
Madu : Madu adalah makanan yang amat berkhasiat.Al-Quran telah mengiktirafkannya sebagai syifa' iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawat penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir,membaca,merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh(sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
Kismis : Mengandungi zat besi yang amat diperlukanuntuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untukdisalurkan ke otak. Adab memakannya ialah mengadap kiblat,membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
Susu Segar : Susu berguna untuk kesihatan otak,mempertajamkan ingatan,membekalkan tenaga fizikal dan mental. Susu mempunyai tiga unsur semula jadi iaitu keju,lemak dan air yang diperlukan untuk pertumbuhan otak dan badan. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing,biri-biri dan lembu yang segar. Ia diminum dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.
Telur : Bermanfaat untuk menambahkan kekuatan otak,badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli-ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang berkhasiat ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
Halia : Ia sangat mujarab untuk menghindarkan masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Dimakan sedikit pada waktu pagi.
Buah Delima : Mujarab untuk menerangkan hati seperti sabda Rasullulah SAW: "Barang siapa memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah telah menerangkan hatinya selama 40hari."
InsyaAllah,kita semua dapat mengamalkan pemakanan ilmuan Islam ini.
Wallahu 'alam.
No comments:
Post a Comment