Tuesday, 20 September 2011

Tidak Akan Berpisah

Asslamualaikum, kau orang semua ! Kali ni, aku nak share sebuah cerita rekaan sendiri yang mungkin boleh menjadi panduan untuk kita semua dalam persahabatan..

Suria, Zahra dan Adam merupakan sahabat baik sejak kecil lagi. Merka berkongsi suka dan duka bersama-sama. Ramai yang mencemburui persahabatan mereka. Namun, tiga sahabat baik ini tidak menghiraukannya. 

Pada suatu pagi, seorang pelajar lelaki yang baru berpindah ke sekolah Suri, Zahra dan Adam menuntut ilmu. Nama lelaki itu ialah Haniff. Suria dan Zahra terpikat dengan rupa paras yang elok lagi cantik milik Haniff hingga mencetuskan pergaduhan besar antara Zahra dan Suria.

Hampir seminggu mereka tidak bertegur sapa. Adam mula berasa panas hati. Dia cuba menyiasat siapakah Haniff sebenarnya. Pada suatu hari, Adam bersama seorang rakan sekelasnya, Hazzy terdengar perbualan Haniff dan beberapa orang pelajar lelaki yang kurang dikenali.

Haniff   :   Aku nak kau orang cari tempat tinggal Zahra dan Suria. Dan bila mereka bersendirian di  rumah.. Faham ?

Zack   :   All right, boss ! Asalkan ada habuannya..


Adam melihat Haniff menghulurkan sampul surat berwarna putih yang penuh berisi. Duit barangkali. Tanpa membuang masa, Adam dan Hazzy terus ke rumah Suria dan Zahra. Mereka menceritakan hal itu kepada ibu bapa Zahra dan Suria. Ibu bapa Zahra dan Suria berbincang untuk memerangkap Haniff yang masih baru lagi di kampung itu.


Pada malam yang dinantikan, Suria dan Zahra dipaksa oleh iu masing-masing untuk menunaikan solat di masjid. Mereka menurut sahaja tanpa bantahan. Ayah Suria dan Zahra berada di dalam rumah sambil menunggu harimau masuk ke dalam jerat yang siap dipasang.


Keesokan paginya,gemparlah berita penangkapan beberapa orang lelaki yang cuba menceroboh rumah Pak Bahar dan Pak Din. Haniff dan beberapa orang konconya ditangkap kerana menceroboh rumah Pak Din dan Pak Bahar. Pada mulanya, Suria dan Zahra tidak mempercayai berita itu. Setelah diyakini oleh Adam, mereka pun percaya dan bersyukur kerana harga diri mereka tidak diambil oleh Haniff. Suria dan Zahra saling bermaafan-maafan an berjanji tidak akan bergaduh lagi. Adam gembira kerana persahabatan Suria dan Zahra tidak terputus hanya disebabkan oleh seorang lelaki. 


Moral value of the story : Jangan berprasangka buruk terhadap kawan sendiri. Bertanya akan suatu kepastian adalah lebih baik daripada membuat kesimpulan sendiri.

No comments:

Post a Comment