Monday, 19 December 2011

My VVIP Story

assalamualaikum ... 

Bagi aku, sahabat/kawan baik adalah orang yang paling penting dalam hidup aku selepas Allah, Rasul dan keluarga aku sendiri. Memang susah nak cari mereka tetapi mereka wujud. Tanpa dia orang, hidup aku betul-betul membosankan. Kali ni, aku nak cerita pasal kawan baik aku. Baca tau ...



Yang chumel + cute + chubby ni namanya, Nur Farhana. Kita orang panggil dia Nana. Kadang-kadang panggil Cute.. Aku kenal dia masa form 1. Aku tak tahu macam mana kita orang boleh jadi rapat. Dia ni mulut bising tau. Masa belajar dalam kelas, cikgu di depan, ada saja gurauan yang membuatkan aku tersengih sepanjang masa sampai aku mendapat nama nakal Pelajar Paling Ceria 2buh. Kalau cikgu biasa-biasa saja yang bagi nama nakal tu, tak apalah juga. Tapi, PK HEM sekolah aku yang bagi nama nakal tu. Malu habis!! 

Best betul jadi kawan budak cute ni. Rasa happy sepanjang hari walaupun tengah sedih. Dia ajar aku supaya redha dan tawakal dengan apa yang aku dah buat. Dapat result kurang baik pun, aku dah redha. Tiada rezeki. Nak sedih tu boleh tapi jangan sampai melarat. Aku selalu usik budak ni. Best dengar dia marah-marah. Usik-usik tu, berpada-pada jugalah. Tak baik sakitkan hati anak yatim. Dia tinggal kat asrama. Pandai berdikari juga budak ni. Aku dengan budak ni pernah dipanggil kembar sebab muka kita orang hampir sama. Dia suka k-pop macam aku. Dia pandai buat gerak tangan lagu Gee dari Girl's Generation. Memang lucu habislah!


Budak cute + chanteq ni ialah Nurul Najihah. Ada yang panggil dia Jihah, ada yang panggil dia Jie tapi aku panggil Jihah. Aku kenal dia masa darjah 5 lagi. She knows me and I know her. * speakinglah pulak * . She's a nerd girl. Nerd sekalipun, result Mathematic meletop woOoOoOo. Aku dah tak seberapa nak rapat dah dengan dia tapi aku tetap anggap dia VVIP aku. 

Dia ni giler k-pop tau. Band yang dia paling suka ialah B2ST. Boy yang dia paling suka ialah Jun Hyun Appa. Semua pasal B2ST dia tahu. Kira fanatiklah. Aku minat k-pop juga tapi bukan b2st. Band lain. Najihah ni jenis orang yang selalu minta pandangan dan pendapat orang lain untuk keputusan yang dia akan buat. Termasuklah soal hati dan perasaan. Aku selalu usik dia sampai dia ketawa. Masa dia ketawa tulah, aku  usik habis-habisan. Sian jihah. Maaf erk, Jihah.....


Girl berspek yang cute + comel + manis ni nama dia Nur Iffah Syahirah. Kita orang panggil dia Iffah. Famili/saudara mara dia panggil Syahirah. Rasa macam nak gelak saja bila dengar orang panggil dia Syahirah. Tak sesuai. Aku kenal dia masa darjah 5 lagi tapi masa tu kita orang tak rapat lagi. Tahun ni yang membuatkan kita orang rapat. Dia selalu buat muka masam sampai orang takut nak tegur. Dia ni suka kat Aaron Aziz. Ye ke, Iffah? Dia pandai buat wicky-wicky. 

Aku dengan Iffah selalu usik Nana dengan Mr. A&W dengan harapan Nana jatuh cinta dekat mamat tu. Sehari kalau tak usik, memang tak sah. Macam tak ada kerja lain saja aku dengan Iffah ni. Iffah ni bagus. Dia selalu menghadap muka cikgu-cikgu kita orang sebab dia duduk depan meja guru. Aku dengan Nana jauh nun di belakang kelas dekat pintu. Memang jauh gila. Nak meniru exam pun tak boleh. Aku dengan Iffah tak suka subjek KHB - ERT sebab tak suka menjahit. Kita orang ambil Perdagangan sebab boleh pegang duit. Betul ke Iffah?


Setakat ni saja yang aku mampu cerita. Tangan pun letih. Apa-pun, thanks ya sebab jadi kawan aku. 

I LOVE YOU,
MY VVIP !

NOTHING
CAN
SEPARATE
US
!

No comments:

Post a Comment