assalamualaikum ...
Haa .. Kali ni, aku nak kongsi tentang Rahsia Disebalik Senyuman. Baca tau.. Moga-moga kau orang dapat ilmu baru.. Selamat ... Selamat ...
- Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada saraf otak dan hormon.
- Senyuman bukan sahaja reaksi gerakan muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi, menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
- Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum kita ketawa.
- Kita perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa berbanding orang dewasa. Kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 6 tahun ketawa 400 kali sehari berbanding orang dewasa yang ketawa 15 kali sehari. Tidak hairanlah jika orang dewasa lebih mudah dijangkiti penyakit serta mengalami tekanan dan kemurungan.
- Kajian dijalankan oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis stress iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa merupakan stress yang baik. Stress yang tidak baik memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
- Dalam ajaran Islam, senyuman itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak memerlukan modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang boleh memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hati insan lain. Ia mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan mampu memulakan sebuah ikatan serta persahabatan.
Amacam, okay? Mulakan hari kita dengan sebuah senyuman yang ikhlas dan ceria. Ketawa biar bertempat dan kena pada masa. Jangan lebih-lebih pula ketawa tu kerana menangis juga diperlukan.
No comments:
Post a Comment