Friday, 30 December 2011

Syaitan Memasuki Hati Manusia Melalui 10 Pintu

assalamualaikum .. 


Hye, readers ! Erm. Dah bacakan tajuk kat atas tu? Okay, kali ni aku nak kongsi ilmu dengan kau orang semua. Aku baru saja tahu benda ni. Jum baca .. :P 

Syaitan masuk ke dalam hati kita melalui  : 
  1. Pintu tamak dan jahat sangka.
  2. Pintu cintakan hidup dan panjang angan-angan
  3. Pintu cintakan kerehatan dan nikmat
  4. Pintu kagum dengan diri sendiri(ujub)
  5. Pintu pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka
  6. Pintu hasad dengki
  7. Pintu riya' dan sukakan pujian manusia
  8. Bakhil
  9. Takabbur
  10. Tamak
Kau orang perasan tak yang perkataan 'tamak' ada dua kali ? Maksud 2 kali pintu 'tamak' tu berbeza sebenarnya. Setiap kali ada masalah, pasti ada jalan penyelesaiannya. Islam itu mudah saja andainya kita memahaminya dengan baik.

Cara untuk mengelakkan syaitan masuk ke dalam hati kita :
  1. Bersifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar
  2. Merasa takut terhadap kedatangan maut secara tiba-tiba
  3. Meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk
  4. Mensyukuri nikmat-nikmat Allah dan takutkan balasan seksaan
  5. Mengetahui hak-hak dan kehormatan orang lain
  6. Bersifat qanaah(berpuas hati dengan apa yang ada) dan redha terhadap pemberian Allah kepada makhluk-Nya.
  7. Melakukan sesuatu dengan ikhlas
  8. Meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk itu akan binasa sedangkan apa yang ada di sisi Allah itu kekal abadi
  9. Bersifat tawadhu'
  10. Yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu daripada manusia

That's all for now, my readers ! Think it carefully. Wallahu 'alam. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment