assalamualaikum ...
Bagi pasangan suami isteri yang baru bergelar 'MAMA & PAPA / MAK & ABAH / UMI & ABAH dan yang sewaktu dengannya' (baru dapat cahaya mata pertama) , tahniah diucapkan. Pasti anda tiada pengalaman mengenai baby/bayi, terutama sekali pada waktu malam. Bayi yang masih kecil, hampir setiap jam terjaga. Keadaan ini sedikit sebanyak mengganggu tidur anda kerana bayi biasanya menangis jika terjaga dari tidur. Tips untuk bayi tidur lena akan aku coretkan ni, semoga memberi manfaat kepada anda semua.
Berikut adalah beberapa tips bayi tidur lena.
- Urutan tubuh - bayi akan berasa selesa dan nyaman apabila tubuhnya diurut sekaligus membuatkannya mudah tidur.
- Dodoikan bayi dengan lembut - mendodoikan bayi dengan lagu yang lembut(lagu zikir) berperanan untuk membantu bayi lelap. Lakukan ini sambil menepuk-nepuk tubuh bayi dengan lembut.
- Pengcahayaan persekitaran - jauhkan bayi dari cahaya yang terang ketika menidurkannya. Tidur bayi akan terganggu jika didedahkan pada cahaya yang terang.
- Pastikan tempat tidur selesa - pastikan tempat tidur bayi selamat daripada serangga, tiada habuk, tidak lembap atau basah. Keadaan suhunya pula tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.
No comments:
Post a Comment